Komuniti@Ikram’s Weblog

Julai 23, 2008

Kempen Penerapan Nilai-Nilai Teras (Core Values) Kumpulan Ikram Disambut Hebat

Difailkan di bawah: Uncategorized — komunitiikram @ 6:44 am
Tags:

 

 

Perjuangan Kumpulan Ikram untuk mencapai Strategi 10-tahunnya yang dilancarkan awal tahun 2007, telah maju setapak lagi dengan pelancaran kempen nilai-nilai teras syarikat (Company Core Values Campaign) pada 9 Julai 2008.

 

Sebagai sesuatu yang asasi dalam merealisasikan kejayaan Strategi ini, penerapan nilai-nilai teras adalah amat penting terutamanya bagi cabang transformasi sumber manusia (People Transformation), salah satu antara tiga cabang utama Rangka Transformasi KISB (KISB Transformation Framework) ini.

 

Majlis pelancaran kempen tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ikram. Ia telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ikram sendiri, YBhg Dato’ Chong Ket Pen dan dihadiri oleh semua warga Ikram. Sebagai acara pembuka tirai kepada kempen yang akan berlangsung selama tiga bulan ini, semua yang hadir telah disajikan dengan satu ceramah berbentuk informatif bertemakan ‘kualiti’ oleh Ir Tan Swe Kee daripada ITiDi.

 

Melalui kempen ini, nilai-nilai teras Kumpulan Ikram yang terbahagi kepada tiga nilai utama iaitu Kualiti (Quality), Perkongsian (Sharing) dan Keperihatinan (Caring) akan diterapkan kepada semua warga Ikram secara berperingkat. Setiap bulan selama kempen ini berjalan akan menekankan satu nilai utama dan cabang-cabangnya. Dengan ini, bulan Julai akan membawa fokus pada nilai Kualiti, Ogos pada nilai Perkongsian dan September (yang kebetulannya jatuh pada bulan Ramadhan) pada nilai Keperihatinan.

 

Selama kempen ini berjalan, warga Ikram juga diingatkan agar menyematkan ‘button badges’ atau pin butang yang membawa petikan inspirasi berasaskan setiap nilai-nilai teras syarikat. Disamping itu, terdapat juga ceramah-ceramah membina dan bermotivasi, yang akan disampaikan oleh penceramah dan ahli motivasi terkemuka di Malaysia, yang telah diaturkan bagi meningkatkan pemahaman dan penerapan nilai-nilai tersebut kepada warga Ikram.

 

Semoga, melalui kempen ini, para pekerja akan lebih prihatin terhadap setiap perilaku mereka sebagai seorang ahli warga Kumpulan Ikram untuk mencapai strategi transformasi sumber manusia syarikat menuju mentaliti warga kelas pertama.

 

Bersama-samalah kita menjayakannya.

 

 

Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin

Difailkan di bawah: Uncategorized — komunitiikram @ 4:50 am
Tags:

P

 

Pihak Pengurusan Koperat baru-baru ini telah menganjurkan Majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Surau Ikram pada 19 Jun 2008 bersamaan dengan 15 Jamadilakhir 1429. Majlis kesyukuran yang di adakan ini bertujuan untuk memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Allah  s.w.t dan memohon supaya warga Ikram dan keluarga mereka dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sejahtera.

 

Seramai 50 kakitangan Ikram telah berkumpul di surau Ikram pada tepat jam 12.30 tengahhari . Majlis bermula dengan bacaan Yaasin dan diikuti dengan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Md Sabri dari KLIUC. Sejurus selepas azan zohor dilaungkan, para hadirin telah berbaris di saf masing-masing untuk mengerjakan solat jemaah yang sekali lagi diketuai oleh Ustaz Sabri. Selesai solat Zohor, para hadirin dijamu dengan jamuan ringkas sebelum masing-masing beredar untuk menyambung tugas di pejabat.

 

Blog di WordPress.com.